Monday, November 24, 2008

Persembahan Pentarama Ceria Berinformasi

Pada 25 hb Nov bertempat di Padang SK Sri Banang, Mk 9 Minyak Beku, satu persembahan muzikal dari Pejabat Penerangan ( Pentarama ) bermula jam 8.45 malam, dari reaksi orang dari kampung yang berhampiran mereka amat teruja dengan kehadiran ini, setelah hampir 30 tahun kampung ini sunyi dari persembahan dalam bentuk hiburan ini.

Orang kampung lebih menghargai tetamu dengan sambutan dan kerja yang amat baik. Walaupun penat, senyuman masih lagi terukir membuktikan kepuasan bekerja.. walaupun kita dibayar gaji...namun yang selebihnya adalah kerja untuk jalan kebaikan dan kepada Allah kita serahkan keiklasan kita.

Sunday, November 16, 2008

Ngerinya keadaan Neraka jahanam ( sebagai pedoman )

Dikisahkan dalam sebuah hadis,sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap,tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70.000 gunung, pada setiap gunung itu pula ada 70.000 lereng dari api dan pada lereng itu ada 70.000 belahan tanah yang membabitkan api,pada setiap belahanya pula ada 70.000 lembah daripada api. Dikisahkan dalam hadis itu juga,di setiap lembah berkenaan ada 70.000 gudang daripada api dan setiap gudang itu pula ada 70.000 kamar daripada api. Pada setiap kamar itu pula ada 70.000 ular dan 70.000 kala jengking. Setiap kala jengking itu mempunyai 70.000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70.000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu mempunyai 70.000 bisa.

Dalam hadis sama menerangkan,pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka jahanam,maka sebaik saja terbuka,akan keluar asap mengepung di sebelah kanan jin dan manusia.Sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri,lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepong mereka di sebelah depan muka mereka,serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan belakang mereka.

Dan mereka ( jin dan manusia ) apabila terpandang asap itu maka mereka gementar, berlutut dan memanggil - manggil : "Ya Tuhan kami,selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahanam itu mempunyai 70.000 kendali,dan setiap kendali itu ditarik oleh 70.000 malaikat. Berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu,besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-tahrim ayat 6 yang bermaksud :Sedang penjaganya malaikat - malaikat yang kasar lagi keras.

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun,dan setiap satu daripada mereka mempunyai kekuatan yang mana kalau ia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya,nescaya akan hancur lebur gunung itu. Hanya dengan sekali pukulan,ia akan membenamkan 70.000 ke dalam neraka jahanam.